Tubuh segera Majlis Ulama UMNO, kata Zahid Hamidi

Tubuh segera Majlis Ulama UMNO, kata Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: UMNO perlu segera menubuhkan Majlis Ulama untuk berdepan senario politik baharu di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama antara umara dan ulama perlu dijalinkan.

“Kita juga perlu mendekati kumpulan-kumpulan ulama yang saya percaya di luar sana bersedia untuk bersama dengan kita.

“Kita harus terjemahkan usul pembaharuan yang telah kita bincangkan beberapa ketika yang lalu, Majlis Ulama Umno mesti diterjemahkan dengan segera,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, penubuhan Majlis Ulama dapat mencerminkan kesediaan parti menjalin kerjasama bukan sahaja dalam kalangan rakan gabungan parti tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) lain. – HELMY ABD RAHMAN