DUA pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Aguero yang dipinjamkan kepada Terengganu FC (TFC) dan Perak FC, musim ini, sah kembali bersama kelab itu bagi musim depan.
Pengesahan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang yang mengharapkan kehadiran dua import itu akan membantu memperkasakan pasukan.
Katanya, dengan pengalaman dan prestasi yang memberangsangkan bersama TFC dan Perak, Tuck dan Aguero diharap dapat menampilkan prestasi lebih baik.
“Saya boleh sahkan Tuck dan Aguero kembali bersama Sri Pahang kerana mereka mengikat kontrak bersama pasukan selama dua musim,” katanya.
Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan Tuck dan Aguero untuk memperkasakan kelab itu sebelum membuat keputusan meminjamkan mereka kepada TFC dan Perak.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN