Tugu kenang pahlawan Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah

Tugu kenang pahlawan Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah

RAUB: Nama 244 pejuang yang mempertahankan Tanah Melayu ketika pendudukan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah, di Kem Puncak Mas, Kampung Bukit Koman, di sini. 

YAM Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah dalam ucapannya bertitah, kesemua pejuang terdiri itu daripada 27 pegawai dan 217 anggota. 

Tengku Ameer Nasser Ibrahim yang juga Komander Rejimen 505 Askar Wataniah bertitah, kesemua pejuang itu adalah pegawai dan anggota pertama dalam pembentukan Rejimen 505 Askar Wataniah di Malaysia.

“Tugu Peringatan Force 136 Pahang dibina bagi memperingati pejuang tanah air yang terdiri daripada anak watan Negeri Pahang Darul Makmur.

“Force 136 yang ditubuhkan pada 16 Mac 1944 adalah nama samaran kepada operasi sulit yang bertujuan melakukan risikan dan mensabotaj tentera Jepun dan dibubarkan pada 1 Disember 1945, selepas tentera Jepun menyerah kalah. 

“Force 136 dikekalkan sebagai Rejiman Askar Wataniah,” katanya di majlis perasmian Tugu Force 136 di Kem Puncak Emas Mas, Raub hari ini. 

Perasmian tugu peringatan itu disempurnakan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, hari ini. 

Hadir sama, Panglima 4 Briged (Mekanis) Brig Jen Dato’ Zahari Mohd Ariffin; EXCO xco Pembangunan Luar Bandar dan Orang Asli, Dato’ Abdul Aziz  Mat Kiram dan ADUN Dong Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin. 

Tengku Ameer Nasser Ibrahim bertitah, pembinaan tugu itu diilhamkan oleh KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in, ketika baginda menjawat Komander Rejimen 505 Askar Wataniah. – HUSIN IBRAHIM