Tujuh peniaga kecil di Lipis dapat Warung Desa

Tujuh peniaga kecil di Lipis dapat Warung Desa

LIPIS: Tujuh peniaga kecil bertuah apabila menerima Warung Desa sumbangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),  di sini, hari ini. 

Timbalan Menterinya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, kesemua penaiga itu turut menerima kelengkapan dan perkakasan memasak bernilai RM10,000.

“Sebelum ini, kebanyakkan mereka berniaga di warung usang yang dibuat sendiri. Saya harap warung baharu, yang lebih kemas,  dapat membantu peniaga ini meningkatkan pendapatan mereka dan membantu keluarga,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, bantuan bernilai RM70 000 itu disediakan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) KPLB. – MUHAMMAD NAJMIE