KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menerima sumbangan tujuh ratus bakul makanan dan Kad Mesra daripada Petronas Dagangan Berhad untuk mangsa banjir di tujuh daerah.
Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, sumbangan terbabit sebagai tanda perihatin syarikat itu terhadap mangsa banjir di Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bera, Bentong dan Lipis.
Katanya, kecuali Kuantan yang menerima 10 bakul, setiap daerah lain menerima 100 bakul makanan kecuali.
“Saya bagi pihak JKM dan mangsa banjir yang menerima bantuan berkenaan mengucapkan terima kepada Petronas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir Pahang 2022 Petronas Dagangan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Petronas Pantai Timur, Azeman Said. – MOHD IMRAN IZZAD