KUANTAN: Lebih tujuh ribu pengunjung Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan bertuah apabila mendapat bubur lambuk percuma.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Saiful Sadri berkata, program membuat bubur lambuk diadakan sempena menyambut Ramadan.
Katanya, program itu antara tradisi FAMA Pahang menghargai sokongan pengguna yang setiap minggu berkunjung ke pasar tani UTC, sejak lebih 10 tahun lalu.
“Empat belas kawah bubur lambuk disediakan dalam program ini. Kita juga mengagihkan kurma kepada peniaga pasar tani sempena menyambut Ramadan,” katanya, di sini semalam. – MOHD IMRAN IZZAD