Tukun dapat halang bot pukat tunda

Tukun dapat halang bot pukat tunda

KUANTAN: Jabatan Perikanan Negeri Pahang akan menurunkan tujuh unit tukun tiruan jenis konkrit kuboid juvenil di perairan Laut Pulau Tulai, dekat Pulau Tioman, Rompin.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar, berkata program melabuhkan tukun kali pertama diadakan tahun ini akan diadakan Jumaat depan.

Menurutnya, penggunaan tukun tiruan bukan sahaja menjadi habitat pelbagai jenis ikan berkualiti tinggi tetapi juga sebagai penghalang aktiviti pukat tunda di kawasan terbabit.

“Sebelum ini, kita melabuhkan tukun tiruan di perairan laut Kampung Mukut, Pulau Tioman. Tahun lalu tiga bot nelayan asing dijadikan tukun di kawasan di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

“Sepanjang 13 tahun jabatan telah menurunkan 262 tukun tiruan konkrit di beberapa kawasan perairan di Pahang seperti di Cherating,Rompin, Pekan dan Pulau Tioman,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD