Turun Padang Dekati Pengundi

Turun Padang Dekati Pengundi

#chini 14 Mac 2023- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Shahrim Md Zain berharap perwakilan memberi peluang kepadanya yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada Pemilihan UMNO untuk sesi 2023-2026.

Mohd Sharim dipilih sebagai ADUN Chini pada Julai 2020 melalui pilihan raya kecil (PRK) selepas Dato’ Sri Abu Bakar Harun meninggal dunia. Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Mohd Shahrim mempertahankan kerusi itu dengan menewaskan calon Perikatan Nasional dan calon Pakatan Harapan dengan majoriti 2125.

Beliau dengan hashtag #membinapasukankerjaumno” yakin dengan pengalaman yang ada dapat menabur bakti dan keringat bagi membawa pembaharuan kepada parti ketika menghadapi era politik mencabar ketika ini.

“Walau apa jua dikata terhadap UMNO, saya masih yakin parti mampu bangkit dan jadi wadah perjuangan pada agama, masyarakat dan negara,” katanya mengakhiri perbualan.

Mohd Shahrim akan menghadapi Bendahari UMNO Bahagian Pekan, Dato’ Ahmad Rahimi Samad yang juga menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan.

oleh: KABHI ISMAIL