UCTC-UKM bantu 61 asnaf di Pekan 

UCTC-UKM bantu 61 asnaf di Pekan 

PEKAN: Pusat Transformasi Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UCTC) UKM menyampaikan sumbangan wang zakat UKM kepada 61 golongan asnaf di Kampung Pulau Manis, di sini. 

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Rokiah Omar berkata, sumbangan zakat itu diharap dapat meringankan beban golongan berkenaan.

Menurutnya, program kali pertama diadakan tahun ini mendapat kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta pejabat Pegawai Daerah Pekan.

“Antara penerimanya adalah warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal,” katanya pada Majlis Penyerahan Wang Zakat UKM dibawah Projek 360 Kampung Angkat UKM.  

Hadir sama Pengarah Bahagian Agihan Zakat MUIP, Muhammad Hafidz Abdul Halim. 

Sementara itu Muhammad Hafidz berkata, pihaknya berterima kasih kepada UCTC UKM yang memilih daerah ini untuk mereka memberi sumbangan zakat kepada asnaf. – MOHD IMRAN IZZAD