UiTM hasil kertas kayu gaharu yang pertama di dunia 

UiTM hasil kertas kayu gaharu yang pertama di dunia 

MARAN: Universiti Teknologi  Mara, (UiTM) Pahang, Kampus Jengka berjaya menghasilkan kertas bermutu tinggi daripada sisa kayu gaharu .

Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Pahang, Kampus Jengka, 

Professor Dr Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman, berkata projek menghasilkan kertas daripada sisa kayu gaharu belum pernah dihasilkan oleh mana mana pihak dalam negara mahu pun antarabangsa. 

Katanya, biasanya pengusaha gaharu menggunakan terasnya untuk mendapatkan pati tetapi hampasnya dibuang. 

“Kini kita telah menggunakan hampas gaharu itu sebagai bahan utama untuk menghasilkan kertas bermutu tinggi. 

“Selain sisa kayu gaharu itu kita juga boleh menggunakan bahagian kayu gaharu lain untuk dijadikan kertas,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman  (MoU) di antara UiTM Pahang, Kampus Jengka dan Agarwood Worldwide Network Sdn Bhd, di sini, pada 22 Oktober.

Beliau berkata, kertas itu boleh dijadikan sebagai kertas mencetak al-Quran, surat watikah,  kertas rasmi kerajaan dan kertas lukisan premium. 

Sementara itu,  Pengarah Urusan Agareood World Eide Network, Sarippuddin Md Yunos, berkata pihaknya sedang merancang untuk membina kilang kertas berasaskan kayu gaharu itu di Pahang. 

Katanya, beliau yakin kertas al-Quran daripada sisa kayu gaharu itu mampu dipasarkan ke luar negara khususnya di negara Timur Tengah. – MUHAMMAD NAJMIE