UiTM Jengka rancak tanam pokok dalam kampus 

UiTM Jengka rancak tanam pokok dalam kampus 

MARAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memberi bekerjasama sepenuhnya menjayakan kempen penanaman seratus juta pokok peringkat kebangsaan.

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM Prof Dato’ Dr Mohd Fozi Ali berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya untuk membantu merealisasikan impian kerajaan itu dalam lima tahun ini.

Menurutnya, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dipertanggungjawabkan membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjayakan kempen itu.

“UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan menanam lebih banyak pokok balak dan pokok hiasan dalam kawasan kampus bagi tujuan penghijauan dan peneduh.

“Saya percaya beberapa spesies pokok balak sesuai dijadikan pokok hiasan dan lanskap yang menarik,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, di sini, semalam.

Turut sama hadir Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPNP, Dato’ Samsu Anuar Nawi dan Rektor UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, Prof Dr Mohd Ilham Adenan. – MOHD IMRAN IZZAD