PRESTASI cemerlang sepanjang saingan menjadi kelebihan kepada pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk muncul keseluruhan Kejuaraan Golf Antara Universiti Awam ke-49, di Mahkota Golf and Country Club, Kuantan, kelmarin.
UiTM meraih tiga pingat emas dan satu perak untuk mengungguli saingan buat kali ketiga berturut-turut.
Tempat kedua berpihak kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) yang meraih dua pingat emas dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) ketiga dengan satu emas.
Majlis penyampaian hadiah dilakukan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.
Hadir sama Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dr Abi Musa Asaari Mohamed Nor dan Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Dr Yuserrie Zainuddin.
Tiga ratus pemain terdiri daripada kakitangan universiti awam menyertai kejohanan dua hari itu yang diadakan di tiga padang di Kuantan dan Pekan.
Dr Yuserrie berkata, pihaknya bangga apabila diberi penghormatan dan kepercayaan sebagai tuan rumah kepada pertandingan berprestij itu. – MOHD IMRAN IZZAD