Ulama perlu bersama menyatukan umat

Ulama perlu bersama menyatukan umat

KUANTAN: Ulama di Pahang perlu terus bersatu dan saling hormat menghormati antara satu dengan lain.

YAM Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah ulama perlu membentuk persefahaman dan bersama menyelesaikan apa juga salah faham.

“Amatlah rugi sekiranya ulama yang mempunyai ilmu agama tinggi tidak dapat membantu dalam menyatukan umat Islam di negeri ini,” titahnya pada Majlis Penutup Program Multaqa Pengerusi, Pengetua Maahad Tahfiz Madrasah dan Pondok Negeri Pahang 2022 di Hotel Grand Darul Makmur, di sini, 14 Oktober lalu.

Hadir sama Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Abdul Rahman Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Ahmad Hairi Hussain,

Dua ratus pengerusi dan pengetua pusat pengajian tahfiz, madrasah dan pondok di Pahang menyertai program berkenaan.