Kamal Ismail
kabhiismail@fikrahpahang.com.my
Gambar Kamal Ismail
KUANTAN: UMNO Bahagian Indera Mahkota mengambil inisiatif membantu pelbagai golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini sejak awal bulan ini.
Bantuan itu disempurnakan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid yang menyampaikan bakul makanan kepada Persatuan Orang Pekak dan Bisu Pahang yang diwakili Presidennya, Mohamad Hoe Abdullah di sini, hari ini.
Mustaffar Kamal jugaberkesempatan menyerahkan satu set kanopi baru untuk kegunaan Klinik Kesihatan Indera Mahkota.
Menurutnya, semangat berkongsi rezeki seperti itu amat diperlukan oleh semua pihak dalam suasana PKPD.
“Saya percaya sumbangan ini memberi banyak makna kepada penerima dan berharap ia menjadi titik tolak untuk lebih ramai lagi turut serta menghulurkan bantuan serupa,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.