UMNO junjung titah Agong sertai kerajaan perpaduan

UMNO junjung titah Agong sertai kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR: UMNO menyokong Barisan Nasional (BN) untuk menyertai pembentukan Kerajaan Persekutuan seperti saranan KDYMM Seri Padua Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti lewat malam tadi dan.

“MKT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, bagi memastikan wujudnya kerajaan stabil.

“Keputusan ini diambil selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan BN dengan PN, dan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Menurutnya, semua ahlli Parlimen daripada UMNO akan menerima dan mematuhi kerajaan perpaduan atau apa juga bentuk kerajaan lain yang bakal dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan menolak cadangan Baginda Tuanku yang mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan. – HELMY ABD RAHMAN