UMNO Kuantan akan terus dampingi rakyat

UMNO Kuantan akan terus dampingi rakyat

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Ketua Umno Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Ab Hamid Nazaha mahu kesejahteraan penduduk diberikan keutamaan.

Oleh itu, katanya, UMNO Kuantan akan sentiasa mendampingi rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, terutama ketika dalam kesusahan.

“UMNO Kuantan perlu sentiasa prihatin membantu rakyat ketika susah atau dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun bukan semua dapat dibantu dan didampingi.

“Tetapi perlu diambil berat demi kesejahteraan penduduk Kuantan tanpa mengira di mana atau siapa sekalipun,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kepimpinan UMNO Bahagian Kuantan terus mengorak langkah melaksanakan tugas hakiki yang perlu dilaksanakan.

“Setiap kali ada keperluan, UMNO Kuantan akan ke hadapan menyantuni, mendekati dan merasai denyut nadi rakyat Kuantan walaupun sekiranya UMNO bukan sebagai kerajaan atau tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.

“Legasi DNA UMNO perlu terus disematkan sebagai pembela nasib rakyat dalam apa jua keadaan. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua,” katanya.