UMNO Pahang bersedia hadapi PRU-15

UMNO Pahang bersedia hadapi PRU-15

YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan pertemuan bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan ketua UMNO bagi enam bahagian iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, Maran dan Rompin.

Pertemuan itu bertujuan menyuntik semangat dalam kalangan jentera untuk menghadapi PRU-15, sekali gus aktif menggerakkan kekuatan dan operasi PDM di kawasan masing-masing.

Untuk rekod, terdapat sebanyak 518 PDM di seluruh Pahang.