UMNO Pahang sokong gencatan politik

UMNO Pahang sokong gencatan politik

Helmy Abd Rahman
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Semua pihak harus mengambil serius kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perlunya gencatan politik pada masa ini.


Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata ia berikutan peningkatan mendadak penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara.
“Sebagai rakyat Malaysia, sokongan sepenuhnya harus diberikan kepada Kerajaan Persekutuan supaya penularan Covid-19 dapat dibendung.
“Gencatan politik ini juga membolehkan proses pemulihan ekonomi dan pembangunan negara dapat dipulihkan semula,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO akan melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani serta diutamakan.