UMNO Temerloh sasar menang semua kerusi PRU-15 

UMNO Temerloh sasar menang semua kerusi PRU-15 

TEMERLOH: Kira-kira tiga ratus peserta terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Temerloh terpilih menyertai Kursus Pilihan Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor, 7 ogos lalu.

Program dua hari itu diadakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata, program bertujuan memantapkan lagi jentera PRU-15 dalam usaha merampas kerusi UMNO yang terlepas kepada pembangkang.

Menurutnya, peserta kursus terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan, DUN Mentakab dan DUN Lanchang.

“Saya berharap kursus dapat menghasilkan keputusan terbaik untuk UMNO Bahagian Temerloh pada PRU-15 akan datang. 

“Matlamat kami ingin memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan, episod duka sebelum ini diharap tidak berulang lagi pada PRU-15,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD