UMP ajak kakitangan, keluarga berbasikal dalam kampus

UMP ajak kakitangan, keluarga berbasikal dalam kampus

PEKAN: Pusat Sukan dan Kebudayaan dan Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Santai Berbasikal Bersama Keluarga, hari ini.

Kayuhan diketuai Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan disertai 120 peserta membabitkan pengurusan tertinggi, kakitangan UMP dan keluarga mereka.

Dr Yuserrie berkata, program diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 UMP pada 2022, di samping memberi pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal di dalam kampus.

“Program beriadah bersama keluarga ini memberi peluang kepada warga UMP menikmati keindahan kampus,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD