UMP hargai keringat dan jasa 63 kakitangannya

UMP hargai keringat dan jasa 63 kakitangannya

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 63 kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjasa sepanjang perkhidmatan 20 tahun mereka di universiti itu dirai pada Majlis Sanjungan Budi sempena ulang tahun Ke-20 UMP.

Sijil penghargaan buat semua kakitangan itu disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP, di Dewan Astaka UMP, di Gambang, di sini.

“Alhamdulillah dan syukur apabila warga UMP dapat bersama-sama mengharungi pelbagai halangan dan rintangan sepanjang 20 tahun ini. Anda semua antara penggerak dan peneraju UMP,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN