UMP Raikan Media Berbuka Puasa

Berbeza dengan tahun sebelumnya, Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan agensi Kerajaan di Pahang anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) kali ini di adakan di Menara 188 Kuantan.

Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Dr Yuserrie Zainuddin berkata, majlis yang diadakan setiap kali Ramadan sebagai tanda terima kasih kepada media atas liputan yang berkaitan UMP sepanjang 21 tahun usia universiti ini.

“Sungguhpun sibuk dengan komitmen masing-masing, universiti sangat menghargai kehadiran warga media dan pegawai agensi berkaitan untuk berkongsi perkembangan universiti dan menikmati juadah berbuka puasa,” katanya

Dr Yuserrie berkata demikian selepas majlis yang turut dihadiri Presiden Kelab Media Pahang (KMP), Mohd Jasmi Faisal Muda.

oleh: KABHI ISMAIL