Untung orang Raub dapat pokok buah-buahan tempatan

Untung orang Raub dapat pokok buah-buahan tempatan

RAUB: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub mengagihkan kira-kira empat ratus pokok buah-buahan kepada penduduk daerah ini.

Antara pokok yang diberikan adalah manggis, belimbing buluh, kedondong, jambu air, asam jawa, belimbing, mangga, mata pelanduk dan gajus.

Pegawai Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, acara itu diadakan sempena Program Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 seluruh negara.

Katanya, pengunjung pasar minggu diberi peluang memilih dan membawa pulang pokok buah-buahan yang diinginkan dan individu terbabit hanya perlu mendaftar menggunakan aplikasi penghijauan Malaysia.

“Kita akan terus mengadakan program agihan pokok buah-buahan di pasar minggu Raub pada masa akan datang yang turut menjadi antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat PHD Raub,” katanya. 

 Ahad lalu, PHD Raub mengagihkan kira-kira ebanyak 200 pokok buah-buahan kepada pengunjung pasar minggu Raub. – MOHD IMRAN IZZAD