Untung petugas PRU-15 

Untung petugas PRU-15 

KUANTAN: Enam jenis menu pek bekalan makanan Express Meal Ready To Eat (RTE) disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang kepada semua petugas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata menu itu ialah nasi lemak, nasi goreng cina, nasi masak lemak ayam, aasi kurma ayam, nasi kari daging, dan nasi tomato ayam masak merah.

“Kelebihan Express Meal RTE ini ia lengkap dengan makanan dan minuman dalam satu pek termasuk bahan pemanas.

“Ia sangat sesuai untuk dijadikan bekalan kepada petugas-petugas kerana tidak memerlukan perkakasan dan ruang serta boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. 

Beliau sebelum itu meluangkan masa menyaksikan demonstrasi penyediaan makanan Express Meal RTE yang diuruskan oleh Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Pahang.- NUR HANNAH KHADIJAH