Untunglah orang Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling

Untunglah orang Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling

JERANTUT:  Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan meneruskan projek   pembinaan jalan baru dari Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling, hingga ke Kampung Pasir Raja, Dungun, yang dijangka siap pada 2024.

Temubual bersama Ketua Setiausaha Kemeneterian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) Dato Ramlan Harin

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB), Dato’ Ramlan Harun berkata, kontraktor sudah dikenal pasti dan laluan 52.55 kilometer itu akan dimulakan segera.

“Pembinaan jalan ini secara  langsung memendekkan perjalanan rakyat Terengganu ke  Lembah Klang melalui Jerantut dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Ulu Tembeling dan Kampung Pasir Raja,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja meninjau lokasi jalan mendap dan runtuh di sepanjang jalan Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling, hari ini.

Katanya, jalan baharu itu akan memberi impak ekonomi yang besar kepada penduduk sekitar Ulu Tembeling, khususnya pelancongan.

Sehubungan itu, katanya, setiap kampung diminta mengenal pasti produk pelancongan menarik di tempat masing masing untuk diketengahkan. 

“Kita akan membantu penduduk tempatan mengetengahkan potensi dan keistimewaan yang ada untuk dimajukan sebagai produk pelancongan,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE