Usah alpa, kekalkan momentum

Usah alpa, kekalkan momentum

PENGURUSAN Sri Pahang FC (SPFC) menasihati skuad Tok Gajah supaya tidak alpa dengan kemenangan pertama yang diraih ketika menewaskan Penang FC 3-1, kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Dato’ Mohammed Suffian Awang mahu skuad itu mengekalkan momentum  untuk berada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super, musim ini.

Katanya, kejayaan itu adalah permulaan untuk bermain dengan lebih cemerlang pada perlawanan akan datang.

“Sri Pahang terlepas banyak mata dan diharapkan kemenangan sulung itu dapat meningkatkan semangat barisan kejurulatihan dan pemain ,” katanya.

Selepas empat perlawanan, Sri Pahang kini berada di kedudukan kesembilan liga dengan empat mata daripada empat perlawanan.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN