Usah biar kecewa melarat 

Usah biar kecewa melarat 

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel mahu anak buahnya melupakan kekalahan 1-3, di tangan Selangor FC, pada 29 April lalu.

Justeru, jurulatih berusia 50 tahun berkata, skuad itu perlu segera bangkit untuk mencatat kemenangan apabila bertandang untuk berdepan Kuala Lumpur City FC, esok. 

Katanya, segalanya perlu dilupakan pemain untuk memastikan skuad Tok Gajah kembali beroleh kemenangan.

“Saya percaya dengan kebolehan pemain dan mereka perlu lebih bijak dalam memberi tekanan kepada lawan.

“Lupakan kekalahan kepada Selangor kerana peluang seimbang berdepan KL City walaupun memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri,” katanya.

Selepas lima perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengutip empat mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN