Usah gusar buat ujian mamogram

Usah gusar buat ujian mamogram

KUANTAN: Enam ribu wanita di Pahang sudah menjalani ujian mamogram yang disediakan secara percuma dibawah Program Cakna Suri tahun lalu.

Peruntukan RM1.5 juta itu disediakan oleh Kerajaan Pahang buat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang bagi menjayakan program itu. 

Pengarah LPPKN Pahang, Nor Hafizah Md Nor berkata, tahun ini kerajaan Pahang menambah peruntukan kepada RM1.9 juta bagi meneruskan program itu.

Menurutnya, 3,270 wanita di negeri ini sudah menjalani saringan kanser serviks yang diberikan secara percuma, di antara 2029 hingga 2021.

“Saya merayu kepada wanita di negeri ini supaya tampil menjalani ujian mamogram yang disediakan percuma ini. Mereka hanya perlu berhubung dengan Unit Pembangunan Wanita dan mengunjungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN di Kuantan, Mentakab, Lipis, Raub dan Bentong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCare) peringkat Pahang Sempena Sambutan Hari Ibu 2022 yang disempurnakan Timbalan Pengerusi LPPKN, Mastura Mohd Darby, di sini, kelmarin. – MOHD IMRAN IZZAD