Usah percaya janji yang belum pasti

Usah percaya janji yang belum pasti

BERA: Orang ramai diingatkan untuk tidak dikelirukan dengan janji yang tiada kepastian yang kini banyak ditabur bagi meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata ada yang berjanji sehinggakan  tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri sedangkan pemimpin perlu mencari ikhtiar untuk membantu rakyat.

Ismail Sabri, berkata negara berada dalam keadaan tidak stabil, perkembangan ekonomi terjejas dan hidup rakyat terjejas kerana terpengaruh dan percaya pada janji ketika yang dijaja ketika PRU14,

“Kita hendaklah kembali pada kenyataan bahawa apa yang kita nak janjikan mestilah bertepatan dengan kemampuan kita.

“Namun, apa yang saya janji sepertimana dalam Bajet 2023…insya-Allah akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional mentadbir negara ini.

“Bajet 2023 itu belum diluluskan oleh kerana Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15,” kata Ismail Sabri dalam ucapannya dalam majlis perasmian program Pekebun Kecil Makmur di Kampong Batu Papan, di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi RISDA, Dato’ Sri Mohd Salim Mohd Sharif.  – HUSIN IBRAHIM