Usah ulangi aksi hambar, kata Dollah

Usah ulangi aksi hambar, kata Dollah

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

PRESTASI hambar ketika menang 1-0 ke atas PJ City FC pada 1 Ogos lalu, diharap tidak diulangi apabila berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.

Ketua kejurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh berkata, persembahan kurang menyakinkan itu perlu diubah jika mahu membawa pulang tiga mata.

Justeru, katanya, segalanya perlu dilakukan termasuk memperkasakan jentera serangan untuk menafikan tuan rumah daripada mencatatkan kemenangan.

“Jika mahu menang ke atas TFC, aksi dan corak permainan yang dipersembahkan ketika bertemu PJ City tidak akan memihak kepada Sri Pahang.

“Saya harap semua pemain dapat mempertingkatkan kualiti permainan masing-masing untuk memastikan pasukan mengutip tiga mata,” katanya di Kuantan, hari ini.

Sehubungan itu, bekas penyerang kebangsaan itu mengharapkan mengharapkan jentera serangan akan lebih berkesan untuk merobek gawang tuan rumah.

“Aksi lebih mantap diharap dapat dilakukan Aung Kaung Mann dan Kenny Athiu,” katanya.