KUANTAN: Usahawan di Pahang tidak boleh malu untuk mempelajari ilmu baharu walaupun sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, ini kerana mereka perlu akur bahawa teknologi berkembang lebih cepat dan pantas.
Justeru, katanya, golongan itu perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terutama untuk memastikan perniagaan mereka mampu bersaing
“Alhamdulillah, dengan penganjuran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia yang kali pertama diadakan ini diharap dapat membantu usahawan menggunakan teknologi terkini untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.
Mohd Shahar berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Besar Paya Besar, di sini, hari ini.
Karnival Keluarga Usahawan dan Koperasi Paya Besar yang diadakan selama dua hari itu diadakan untuk membantu dalam perniagaan.
Lebih 300 usahawan dan bakal usahawan mendapatkan khidmat nasihat serta maklumat berhubung peluang perniagaan daripada 13 agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN