Usahawan perlu bijak guna media sosial untuk berniaga

Usahawan perlu bijak guna media sosial untuk berniaga

KUANTAN: Usahawan muda perlu berfikiran antarabangsa sekiranya ingin berjaya dalam perniagaan di ceburi.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Dato’ Indera Mohd Sahar Abdullah, berkata golongan itu perlu menggunakan media sosial untuk memasarkan barangan keluaran mereka yang mungkin diterima dengan baik oleh pengguna luar negara.

“Untuk berjaya dalam perniagaan mereka juga perlu berusaha berinovasi dalam perniagaan. Kerajaan ada menyediakan pelbagai bantuan dan peluang itu perlu direbut dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian YOUNG preneur@YTC UCYP di Auditorium Kampus Utama University College of Yayasan Pahang (UCYP) Tanjung Lumpur, di sini 7 Ogos lalu.

Hadis sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Canselor (YTC) University College of Yayasan Pahang (UCYP), Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz dan Naib Canselor UCYP, Prof Dato’ Dr Ahmad Zainuddin.

Program berkenaan dianjurkan oleh YTC UCYP disertai lebih 70 penuntut. – MOHD IMRAN IZZAD