Ustazah Gee teringin sangat bantu orang Panching

Ustazah Gee teringin sangat bantu orang Panching

KUANTAN: Bertemu golongan muda, ibu muda dan ibu tunggal adalah perkara pertama akan dilakukan Fauziah Abd Wahab jika diberi mandat menjadi wakil rakyat DUN Panching, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Fauziah yang mesra dengan panggilan ustazah berkata, pertemuan itu penting bagi mengatasi banyak keluhan dan isu yang dibangkitkan di kalangan penduduk.

“Saya akan panggil mereka, duduk semeja, berbincang, utarakan cadangan dan kalau ada isu luahkan demi kebaikan bersama. Kita selesaikan satu persatu.

“Sebelum ini, mereka tidak ada tempat untuk mengadu, tidak tahu mana nak dituju,” katanya kepada Fikrah Pahang, di sini, hari ini.

Fauziah berkata, beliau akan berusaha menyediakan program dan aktiviti untuk golongan terbabit, termasuk memberi ruang dan peluang bekerja terutama kepada kumpulan B40.

Beliau yang juga dikenali sebagai Kak Gee mengakui perlu bekerja keras memenangi hati pengundi terutama golongan muda yang kali pertama mengundi.

“Berikan mandat kepada saya dan yakinlah lanskap DUN Panching akan berubah ke arah yang lebih hebat dan mantap,” katanya. – NUR HANNAH KHADIJAH