14 Febuari 2024 (Fikrah Pahang) KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah semalam bertitah mengingatkan supaya semua Exco kerajaan negeri perlu menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas untuk memajukan Pahang, membantu rakyat miskin dan menegakkan syiar Islam.
“Semua pemimpin mesti rajin turun padang, rajin membantu, rajin membaca dan rajin bekerja. Seperti yang saya katakan tadi, saya seorang Sultan yang ‘result oriented, people centric and people come first’. Bila bantuan untuk rakyat, mesti tunaikan,”titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Baharu di Istana Abdulaziz, di sini semalam.
Baginda bertitah segala tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan ikhlas selain turun padang melihat sendiri keadaan dan situasi rakyat.
Sementara itu YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu, terdapat pertukaran portfolio bagi sebahagian Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan yang akan diumumkan petang ini.
Oleh : Kabhi Ismail