KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang menghargai perjuangan veterannya yang banyak berjasa kepada parti itu
Pengerusinya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata UMNO Pahang berterima kasih atas sumbangan oleh veteran UMNO sejak dahulu lagi.
Katanya, pengorbanan veteran UMNO membuktikan sokongan dalam membantu parti itu terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU).
“Bagi menghargai sumbangan veteran UMNO, kita mengadakan program bersama veteran ini sebagai suntikan semangat,” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Jentera dan Gerak Kerja PRU15 Keluargaku Pengundi Barisan Nasional (BN) di Dewan Kediaman rasmi Menteri Besar Pahang, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Veteran UMNO Pahang, Dato’ Sri Ishak Muhamad dan 250 ahli veteran UMNO.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN