Visi Shahaniza membangunkan Maran

Visi Shahaniza membangunkan Maran

MARAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Maran, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin berazam membangun dan memajukan lagi daerah itu sebagaimana dihasratkan penduduknya.

“Banyak juga saya mendengar hasrat masyarakat yang mahu Maran ini dibangunkan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.

“Begitulah juga visi saya terhadap Maran dan insha-Allah saya akan berusaha sebaik mungkin memenuhi hasrat penduduk jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya ketika hadir bertemu peniaga dan pengunjung pasar tani, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran turut memaklumkan mengenai beberapa pelaburan yang akan dibawa ke Maran.

“Semua pelabur yang dibawa masuk akan membawa pembangunan di Maran sekali gus memberi peluang pekerjaan terutama kepada anak muda tempatan.

“Semoga BN diberi kemenangan pada PRU kali ini dan membentuk kerajaan yang lebih mantap dan stabil dalam pelbagai aspek terutama politik, ekonomi, sosial, pendidikan juga kebajikan rakyat,” katanya. – NUR HANNAH KHADIJAH