Wah! Meriahnya anak-anak ni kibar Jalur Gemilang

Wah! Meriahnya anak-anak ni kibar Jalur Gemilang

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 82 kanak-kanak dari empat Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan daerah ini menyertai program perbarisan dan perarakan, di sini, semalam.

Aktiviti diadakan sempena Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Bulan Kemerdekaan 2022 Zon C Kuantan yang dirasmikan Pegawai Perpaduan Daerah Kuantan, 

Romy Rossziman Abd Rahman.

Jurucakap penganjur, Rosnariah Abd Malik berkata Tabika Perpaduan yang terbabit ialah Tabika Perpaduan Permatang Badak, Tabika Perpaduan Sungai Isap Perdana 1 dan 2 serta Tabika Perpaduan Genius Kuantan.

Menurutnya, aktiviti lain turut diadakan ialah menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz besar menggunakan cap tangan.

“Kanak-kanak dan guru turut terbabit menyediakan replika menara Kuantan 188 dan menara Kuala Lumpur menggunakan barangan terbuang.

“Kemuncak program kanak-kanak menyertai pertandingan pakaian berhias menggunakan Jalur Gemilang,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD