Wahhh! Zoo Mini Teruntum makin meriahlah

Wahhh! Zoo Mini Teruntum makin meriahlah

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Kehadiran sepasang kuda belang dan kuda padi akan menjadi daya tarikan ke Zoo Mini Taman Teruntum, di sini.

Ini kerana zoo mini berkenaan akan dibuka kepada orang ramai pada Disember depan, ketika kerja menaik taraf sedang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). 

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Norkamawati Kamal berkata, sepasang kuda belang diberi nama `Indah dan Lestari’ berada di sini, semalam.

Katanya, kuda padi iaitu `Hero dan Yvo’ pula sudah berada di zoo itu sejak Julai lalu.

“Kita akan menambah lapan burung iaitu spesis kakak tua pada hujung bulan ini. MBK membeli haiwan berkenaan dan sebahagian pembayaran itu ditaja oleh swasta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Antara haiwan lain yang berada di zoo itu ialah buaya tembaga, burung unta, ayam hutan, musang pulut, iguana hijau, memerang, landak raya, kura-kura pipi merah dan arnab.