KUANTAN: YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail adalah antara Menteri Besar terbaik yang pernah ada di Pahang dan di negara ini, kata Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin.
Beliau berkata, ia dibuktikan menerusi kemampuannya meyakinkan pelabur datang selain kejayaan menambahkan pendapatan negeri secara konsisten sejak dilantik sebagai Menteri Besar pada 2018.
“Dari segi pembangunan ekonomi, meyakinkan pelabur pelabur datang, kemudian berusaha menambahkan pendapatan negeri dan dipulangkan kembali kepada rakyat.
“Dengan satu pencapaian yang cukup besar, Pahang boleh sekarang duduk sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Johor, Penang (Pulau Pinang) dan Selangor,” katanya kepada Fikrah Pahang, semalam.
Menurutnya, kejayaan itu juga didorong faktor kestabilan politik dan keharmonian kerajaan negeri ditadbir Barisan nasional (BN) di Pahang.
“Faktor utamanya ialah kestabilan politik di Pahang, kita tak bergaduh sesama sendiri. ‘He’s (Wan Rosdy) the best’ dalam menjalankan tanggungjawabnya,” tambahnya. – HELMY ABD RAHMAN