KUALA LUMPUR 19 March 2023 – Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang yang juga Menteri Besar Pahang, YAB. Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani semakin hampir menjadi dua muka baharu mengisi tiga tempat barisan naib presiden pada Pemilihan UMNO 2023-2026 semalam.
Setakat jam 4 pagi tadi, Dato ‘ Sri Wan Rosdy Wan Ismail memperolehi 111 undi daripada 189 bahagian manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperolehi 93 undi pada Pemilihan UMNO 2023-2026 semalam.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor dan Ahli Parlimen Kota Tinggi memperolehi 100 undi.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (61 undi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (43 undi) dan Datuk Seri Ir Hasni Mohamad (39 undi)
Sementara itu, penyandang Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekadar memperoleh 30 undi.
oleh : KABHI Ismail.