Warga Chenor dapat bantuan baiki rumah, beli komputer anak

Warga Chenor dapat bantuan baiki rumah, beli komputer anak

MARAN: Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM27,000 kepada tiga penerima di Chenor, di sini, bagi tujuan pembelian kemudahan asas masjid, membaiki kediaman dan pendidikan. 

Masjid RTP Kampung Awah diperuntukkan RM20,000 bagi pembelian set kanopi, meja dan kerusi bagi kemudahan jemaahnya. 

Selain itu, RM5,000 diberikan kepada Faridah Kasim dari Taman Jaya Diri, Chenor bagi membaik pulih atap rumah manakala Suhaimi Kasim dari Kampung Pesagi, Chenor, menerima RM2,000 bagi pembelian komputer riba untuk anak. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul mengharapkan sumbangan itu dapat memberikan manfaat kepada kepada penerima. 

“Sumbangan ini sebagai tanda prihatin Kerajaan Pahang terutama daripada YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN