Warga emas ‘steady’ dapat dos kedua

Warga emas ‘steady’ dapat dos kedua

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Tiga puluh warga emas yang juga penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi, di sini, selesai menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini.


KUANTAN. Sebahagian 30 penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang menerima dos kedua vaksin. 

  Asnah Yusof, 90, berkata, beliau bersyukur kerana selesai menerima dos kedua walaupun pelbagai berita negatif yang didengar mengenai vaksin sebelum ini. 

  Menceritakan dos pertama yang diterima bulan lalu, beliau mengalami sakit otot dan sendi tetapi kesakitan yang dialaminya sembuh selepas beberapa hari.

KUANTAN. Penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Zam Badu, 74 (tengah) ketika menerima dos kedua

  “Saya dimaklumkan sakit seperti itu adalah normal dan saya harap dos kedua ini baik-baik sahaja,” katanya.

  Zam Badu, 74, pula berkata, dos kedua amat bermakna kerana kebetulan ditermima sempena hari kelahirannya yang ke-74, semalam.

KUANTAN. Penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Asnah Yusof, 90.

  “Hari ini istimewa buat saya apabila beberapa jururawat berseloroh selepas mengetahui hari lahir saya apabila melihat kad pengenalan.

  “Saya juga gembira kerana selesai menerima dos kedua dan berharap warga emas yang belum berdaftar supaya mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

  Sementara itu, Pegawai Kesihatan Keluarga Daerah Kuantan, Dr Rashidah Abdul Rahman, berkata 246 warga emas yang menetap di 14 pusat jagaan kerajaan dan swasta selesai menerima suntikan.

  “Kumpulan ini mula menerima vaksin mereka pada 3 Mei lalu,” katanya.