Warga UIAM Kuantan tanam 300 pokok balak

Warga UIAM Kuantan tanam 300 pokok balak

KUANTAN: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan menganjurkan aktiviti menanam 300 pokok Nyatoh Taban Merah sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022, kelmarin.

Program dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (TM) dan Yayasan Sukarelawan Siswa itu dirasmikan oleh Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi Bertanggungjawab) UIAM, Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkifly.

Hadir sama Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Dr Azmi Md Nor dan Ketua Kawalselia dan Perhubungan TM Pahang, Dato’ Zulfikri Hashim.

Kira-kira 80 sukarelawan terdiri daripada penuntut dan kakitangan IIUM Kuantan menanam pokok dalam kawasan seluas kira-kira dua hektar di Kompleks Nurseri, Kulliyyah Sains.

Prof Dr Ahmad Hafiz berkata, UIAM menyokong penuh program berkenaan sebagai antara usaha memulihara alam sekitar di Pahang.

“Kita merancang untuk menanam lebih banyak pelbagai spesies pokok. Program menanam pokok yang diadakan akan menjadikan kampus UIAM sebagai kawasan hijau,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD