‘We need more people like Tok Wan’, kata Nor Azmi Mat Ludin

‘We need more people like Tok Wan’, kata Nor Azmi Mat Ludin

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semantan, Dato’ Nor Azmi Mat Ludin mencadangkan supaya persidangan Dewan Belia Negeri Pahang dapat diteruskan, sekali gus menjadi medan mencungkil barisan pemimpin hebat untuk generasi akan datang.

Katanya, penting untuk golongan belia membiasakan diri dengan suasana persidangan sebenar dari awal bagi memantapkan lagi daya kepemimpinan masing-masing.

“Saya ingin mencadangkan di dewan yang mulia ini, supaya sidang Dewan Belia Negeri Pahang dapat diteruskan.

“Kita juga mengharapkan suasana persidangan itu seperti persidangan Dun Pahang yang cukup berprestij ini dan pandangan mereka didengari serta dijawab oleh pihak kerajaan (negeri),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dun Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Beliau juga memuji pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri yang bersunggh-sungguh mahu membentuk pemimpin dari kalangan orang muda.

“Contohnya inisiatif mewujudkan Akademi Tok Wan yang saya kira satu usaha baik dan wajar diteruskan. Kalau boleh, biar setiap pelosok Pahang ini ada pemuda dan pemudi yang berjaya menjadi pemimpin, hasil produk diperkenalkan ini.

“Dengan ini kita boleh melahirkan barisan pemimpin pelapis yang hebat dan berkarisma di negeri Pahang yang kita cintai ini. ‘We need more people like Tok Wan (Kita memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Tok Wan),” katanya. – HELMY ABD RAHMAN

Ends/tony