‘Wira perang” Covid-19 bersara wajib 21 April

Kuantan 13 April 2023 (Fikrah Pahang) – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan akan bersara pada 21 April ini selepas 35 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan .

Memetik laporan sebuah portal dan media tempatan, Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas berundur pada 21 April ini, iaitu hari dirinya mencecah usia 60 tahun, iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan awam.

“Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa,” katanya.

Untuk rekod, bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dengan menyaksikan beliau berhadapan saat mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.

Wajah beliau setiap hari muncul memberikan maklumat terkini mengenai Covid-19 di televisyen dan media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.

oleh: Kabhi Ismail