Wokmer kalau mangsa banjir, jangan lupa buat pengesahan yek

Wokmer kalau mangsa banjir, jangan lupa buat pengesahan yek

KUANTAN: Semua yang terjejas akibat musibah banjir di seluruh negara, namun masih belum mendaftar dengan ketua komuniti setempat, perlu berbuat demikian segera bagi memudahkan urusan Bantuan Wang Ihsan disalurkan.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata gesaan itu dibuat kerana masih ada mangsa, khususnya yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi terjejas banjir, tidak membuat pendaftaran. 

Menurutnya, tiada dokumen diperlukan setiap ketua isi rumah (KIR), sebaliknya mereka hanya bertemu ketua komuniti  bagi membuat pengesahan kerana proses pendaftaran sudah dipermudahkan oleh kerajaan. 

“Kita minta supaya mangsa yang belum daftar, segera buat begitu. Kerajaan telah mempermudahkan urusan, jadi kita mohon kerjasama semua mangsa banjir terjejas supaya segera membuat pengesahan dengan ketua komuniti setempat di kawasan yang mereka tinggal 

“Bantuan fasa pertama wang ihsan ini telah pun diberikan. Jadi, kita tidak mahu ada mangsa banjir yang tertinggal sedangkan mereka juga layak menerimanya,” jelasnya. 

Mohd Shahar menambah, selepas pengesahan dibuat, ketua komuniti setempat akan menyerahkan maklumat KIR kepada pejabat daerah untuk tindakan lanjut. – MOHD IMRAN IZZAD.