KUANTAN 6 Jun 2024. (Fikrah Pahang ) – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail akan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur bermula esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Zulkifli Yaacob melalui kenyataan media yang dikeluarkan berkata, tempoh rawatan itu sehingga satu tarikh yang akan ditentukan pihak doktor.
“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH SWT,” katanya.
Oleh:Kabhi Ismail