
Keratong, 29 Oktober 2024. Yayasan Kosma yang diasaskan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) memperuntukkan hampir RM1.5 juta untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran.
Dalam usaha membasmi kemiskinan, Yayasan KOSMA mengambil inisiatif melaksanakan program Keusahawanan dan Kemahiran kepada kumpulan B40 dalam usaha mempertingkatkan pendapatan golongan ini. Seramai 30 peserta iaitu 25 (perempuan) dan 5 (lelaki) telah dipilih dari seluruh negeri Pahang, dan Yayasan KOSMA memperuntukkan sejumlah RM300 ribu merangkumi proses bancian, program keusahawanan dan kemahiran, pembekalan bantuan peralatan dan juga pemantuan secara berkala selama 6 bulan prestasi golongan ini dalam bidang perniagaan.
Program yang dilaksanakan selama 4 hari dan 3 malam bermula 26 Oktober dan berakhir 29 Oktober 2024 di Kompleks Peladangan KOSMA, Keratong mendedahkan pelbagai aspek dalam membangun karakter Keusahawanan dan Kemahiran dikalangan peserta agar mereka mampu berdaya saing dan keluar dari kemiskinan.

Pengerusi KOSMA, Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamad selepas merasmikan program ini berkata, “untuk membantu program membasmi kemiskinan, KOSMA melalui Yayasan KOSMA mengambil inisiatif membantu golongan B40 dengan memberikan latihan keusahawanan, motivasi, pengurusan kewangan dan pemasaran. Disamping itu juga Yayasan KOSMA akan memberikan bantuan peralatan kepada 30 peserta yang telah menamatkan latihan bagi mengusahakan perniagaan mengikut bidang yang di ceburi dan akan membuat pemantuan selama 6 bulan kemajuan perniagaan’.
Ujarnya lagi,”Sebagai program perintis, Yayasan KOSMA menyasarkan 10 peratus dari golongan ini akan berjaya dan dalam mempertingkatkan prestasi dan akhirnya akan menjadi model dan pembimbing kepada golongan B40 yang lain. Yayasan KOSMA menetapkan RM10 ribu peruntukan kepada setiap peserta termasuk kos kursus yang dilaksanakan”.
Untuk rekod Yayasan KOSMA telah ditubuhkan pada 2014 dan mendapat status pengecualian oleh LHDN dibawah Akta Pengecualian Cukai 1967 Subseksyen 44(6) pada tahun 2019, yang bertujuan melaksanakan aktiviti kebajikan dan tidak berasaskan keuntungan.
OLEH : Kabhi Ismail.