BUTTERWORTH: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, Dato’ Sri Ishak Muhamad dipilih menduduki kerusi Naib Presiden Alumni 4B Malaysia pada Persidangan Agung Tahunan Ke-9 Alumni 4B Malaysia.
Ishak ketika ini turut memegang jawatan Pengerusi Alumni 4B Malaysia Negeri Pahang
Persidangan dua hari bermula semalam itu dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini, malam tadi.
Hadir sama, Presiden Alumni 4B Malaysia, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad Al-Husaini.
Untuk rekod, Alumni 4B Malaysia adalah antara badan bukan kerajaan (NGO) ketika ini mempunyai keahlian seramai 75,000 ahli.
Pertubuhan itu juga sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan dan kesukarelawanan- KABHI ISMAIL