KUANTAN: Yayasan Tuanku Canselor (YTC) Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) memberi duit raya kepada 130 penuntut keluarga B40 sempena Aidilfitri, minggu depan.
Turut menerima duit raya adalah penuntut Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS).
Sumbangan disampaikan oleh Penasihat, Jawatankuasa Pengurusan Amanah
Yayasan Tuanku Canselor UCYP, Prof Dato’ Dr Ahmad Zainuddin.
Hadir sama Pengarah Yayasan Tuanku Canselor UCYP, Ahmad Fared Mohd Din.
Dr Ahmad berkata, bantuan itu diberi bagi membantu meringankan beban 130 penuntut yang mungkin berhadapan masalah kewangan untuk menyambut Aidilfitri.
“Alhamdulillah, dapat juga kami bantu mereka walaupun sumbangan itu tidak seberapa,” katanya pada Majlis Serahan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2022, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD